• ;
  • ;

Jom Abseiling PULAKO (Pensyarah dan Staf)


12 Januari 2022 - Melibatkan 7 orang pensyarah dan jurulatih dari Unit Kokurikulum sebagai fasilitator (tidak melibatkan diri Dr. Mohd Hafidz, En. Kanaisan, En. Krisna Kumar dan En. Ramli) dan 20 orang peserta terdiri dari kalangan pensyarah dan staf. Program ini telah dijalankan di Hutan Simpan, PULAKO.

Memberi pengetahuan dan pengalaman untuk melakukan aktiviti Tali Aras Tinggi bagi meningkatkan daya ketahanan jati diri serta peluang untuk berekreasi.Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan. Antaranya memperbanyakkan dan memurnikan aktiviti Tali Aras Tinggi sebagai peluang untuk warga IPG Kampus Ipoh untuk mengeratkan hubungan serta berekreasi. Mewujudkan suasana hubungan yang positif dan erat di kalangan pensyarah dan staf sokongan.










Kongsi:

Taklimat Pengurusan Unit Kokurikulum Tahun 2022




7 Januari 2022 - Melibatkan semua pensyarah, jurulatih dan pegawai pengurusan Unit Kokurikulum seramai 11 orang di Dewan Seri Kledang, PULAKO. Memberi taklimat mengenai pengurusan baharu bagi Unit Kokurikulum termasuk spesifikasi tugas masing-masing dalam Unit Kokurikulum. Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan. Antaranya ialah memperbanyakkan aktiviti Team Building untuk mengeratkan hubungan antara warga Unit Kokurikulum.Mewujudkan suasana tempat kerja yang lebih harmonis, teratur serta budaya kerja yang positif dalam Unit Kokurikulum.
Kongsi: