Penglibatan dalam Kursus Kokurikulum (Pra Perkhidmatan / Guru Baru) adalah WAJIB bagi semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kelulusan dalam komponen ini perlu untuk mendapatkan pentauliahan Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Perguruan berdasarkan bidang pengajian.
Objektif Kursus Kokurikulum dalam Program Pendidikan Guru:
- Membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam semua bidang kokurikulum (Pengurusan Kokurikulum, Unit Beruniform, Persatuan dan Sukan & Permainan) di sekolah.
- Menguasai kemahiran pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan pelajar merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratik, berdisiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patriotisme.
- Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas.
- Melahirkan dan mengembangkan bakat, potensi diri dan kepimpinan pelajar dalam kegiatan social, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan negara dan masyarakat penyayang.
Objektif Unit Kokurikulum (Program Nilai Tambah)
Penglibatan pelajar dalam program ini perlu untuk mendapatkan pentauliahan dan persijilan dalam aspek kepimpinan, kejurulatihan, kepengadilan dan kepegawaian (4K).
Objektif Program Nilai Tambah adalah memberi peluang dan ruang:
- Membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam satu-satu bidang kokurikulum (Pengurusan Kokurikulum, Unit Beruniform, Persatuan dan Sukan Permainan) secara lebih professional.
- Menguasai kemahiran 4K secara teori dan praktikal serta mendapat pengiktirafan daripada badan-badan bertauliah.
- Membolehkan pelajar memperoleh sekurang-kurangnya satu sijil tauliah (4K) daripada badan-badan yang mempunyai autoriti semasa dalam pengajian
- Mewujudkan dan membina budaya kokurikulum atas rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar IPG Kampus Ipoh.
- Melahirkan dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan pelajar dalam kegiatan social, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan negara dan masyarakat penyayang serta menyanjung warisan budaya negara.
No comments:
Post a Comment