• ;
  • ;

Program Kembara Ekspedisi Gua Tempurung


23 Mei 2022 - Bertempat di Gua Tempurung, Gopeng Perak, melibatkan 4 orang pensyarah sebagai pembimbing serta 14 orang siswa guru unit V7 sebagai peserta. Ianya memberi pengalaman dan peluang kepada siswa guru menguruskan dan menyertai program rekreasi bagi meningkatkan jati diri, penjanaan ilmu dan    pembangunan insaniah yang berterusan.




Kongsi:

Aktiviti Tali Aras Tinggi Skytrex


21 Mei 2022 - Bertempat di Skytrex Sg. Congkak, Selangor,telah melibatkan 2 orang pensyarah sebagai pembimbing dan pengiring serta 20  orang siswa guru unit V dan unit W sebagai pesertaMemberi pengalaman dan peluang kepada siswa guru menguruskan dan menyertai program rekreasi bagi meningkatkan jati diri, penjanaan ilmu dan    pembangunan insaniah yang berterusan. 




Kongsi:

Iftar Unit Kokurikulum (gotong royong masak bubur lambuk dan edaran pada warga IPG Kampus Ipoh)


13 April 2022 - Melibatkan semua pensyarah, jurulatih dan pegawai pengurusan Unit            Kokurikulum seramai 9 orang (tidak melibatkan diri adalah En. Ramli dan En. Kanaisan) serta siswa guru Unit V dalam penyediaan juadah berbuka secara berotong royong. Tujuannya adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan hubungan dalam membudayakan kerja berpasukan di kalangan warga Unit kokurikulum serta mempraktikkan amalan bersedekah.




Kongsi:

Mesyuarat Unit Kokurikulum Bil 2/2022


1 April 2022 -  Bertempat di Dewan Seri Kledang, PULAKO, telah melibatkan semua pensyarah, jurulatih dan pegawai pengurusan Unit Kokurikulum seramai 11 orang (tidak hadir En. Ramli). Memberi input Mesyuarat Induk (M3P) bil. 2/2022 dan amanat Tuan Pengarah ada semua warga Kokurikulum serta penerangan bagi aktiviti Unit Kokurikulum yang seterusnya.

Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan antaranya memperbanyakkan aktiviti Team Building untuk mengeratkan hubungan antara warga Unit Kokurikulum. Mewujudkan suasana budaya kerja berpasukan di kalangan warga Unit Kokurikulum.

Kongsi: