28 Jun hingga 3 Julai 2022- Bertempat di Pulau Redang dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, telah melibatkan 9 orang pensyarah, jurulatih dan 1 staf sokongan. Tujuannya, untuk memberi ilmu pengetahuan dalam pemantapan pengurusan program, ukhwah dalam unit kokurikulum, lawatan penanda aras rakan IPG
kampus yang lain serta dapat mempraktikkan dan menulis modul.
Kursus ʽFirst Aider In Every Home’
15 Jun 2022 - Bertempat di Dewan Seri Kledang, PULAKO, telah melibatkan 42 orang pensyarah, jurulatih dan staf serta 2
orang penceramah bagi kursus ʽFirst Aider In Every Home’. Memberi
ilmu pengetahuan dalam bantu mula serta dapat mempraktikkan amalan bantu
mula dalam situasi kecemasan sebagai langkah keselamatan.
Mesyuarat Unit Kokurikulum Bil 3/2022
3 Jun 2022 - Dewan Seri Kledang, PULAKO, Melibatkan semua pensyarah, jurulatih dan pegawai pengurusan Unit Kokurikulum seramai 8 orang (tidak hadir adalah Pn. Zaharah kerana kematian abang dan En. Kanaisan kerana bertugas di luar). Memberi input Mesyuarat Induk (M3P) bil. 3/2022 dan amanat Tuan Pengarah pada semua warga Kokurikulum serta penerangan bagi aktiviti Unit Kokurikulum yang seterusnya.
Sambutan Rumah Terbuka Unit Kokurikulum Sempena Hari Raya Aidilfitri
30 Mei 2022 - Bertempat di PULAKO IPG Kampus Ipoh, telah melibatkan semua pensyarah, jurulatih dan staf seramai 10
orang telah bekerjasama dalam penyediaan juadah untuk
Rumah Terbuka Unit Kokurikulum. Tujuannya adalah untuk mengeratkan
silaturrahim dan hubungan dalam membudayakan kerja berpasukan di
kalangan warga Unit Kokurikulum serta mempraktikkan amalan bergotong royong.
















