KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE -13 IPG KAMPUS IPOH

 

4 Mac 2023 - Kejohanan ini telah melibatkan seramai lebih kurang 700 peserta yang terdiri daripada pelajar unit V, W, X dan Y serta para pensyarah dan staf IPG Kampus Ipoh. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori pelajar dan pensyarah & staf lelaki dan wanita.Jarak larian bagi peserta lelaki dan wanita masing-masing 5 km dan 3 km. Laluan merentas desa kali ini merupakan kawasan dalam kampus dan juga luar kampus yang dibantu oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan para peserta. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah medal dan hamper kepada para pemenang telah dilaksanakan oleh Ketua Unit Kokurikulum Pn Shahaliza binti Halim di Astaka padang hoki IPG Kampus Ipoh. Kejohanan tamat pada jam 11 pagi.






Kongsi:

No comments:

Post a Comment